Aluan Naib Canselor

vc 

Tahniah kepada Pusat Alumni (ACeUniSZA) atas kejayaan mampu membina laman sesawang Pusat Alumni ini. Diharapkan laman sesasawang ini akan mampu menjadi perantara yang berkesan untuk istiqamah bersilatulrahim di antara UniSZA dengan alumni.

UniSZA yang ditubuhkan sejak 4 (empat) dekad yang lalu telah banyak berbakti kepada pembinaan tamadun manusia dalam dan luar negara. UniSZA telah berjaya melahirkan lebih daripada 40 000 alumni dari pelbagai Negara dan bergraduat dari pelbagai peringkat dan disiplin ilmu.

Alumni UniSZA mempunyai amanah yang besar untuk terus menyumbang kepada alma mater nya dalam pelbagai bidang. Pengalaman dan kepakaran yang ada pada anda, perlu dikongsi bersama warga alma mater. Sekarang merupakan masa yang terbaik untuk alumni kembali ke medan jihad ilmu anda. Wahai Alumni, kami menunggu kepulangan anda semua.

#IstiqamahBersilaturrahim.  #GivingBacktoAlmaMater. 

Sekian, Terima Kasih.

Wassalam

 

Profesor Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Naib Canselor