Print

Siri Wacana Alumni UniSZA

Written by Super User on .

[tabs tab1="Aturcara" tab2="Rasional" tab3="Objektif" tab4="Biodata" tab5="Anjuran" ] [tab1]

4.15 ptg - Pendaftaran Peserta

4.30 ptg - Solat Asar Berjemaah

5.00 ptg - Wacana Bermula & Bacaan Doa

5.05 ptg - Ucapan Alu-aluan Presiden Alumni

5.15 ptg - Ucapan Perasmian oleh Naib Canselor UniSZA YBhg. Prof Dr. Yahaya Ibrahim

5.30 ptg - Wacana Bersama YBhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hj Hashim - Presiden DPIM "Transformasi Wakaf - Membela Generasi Masa Depan"

6.30 ptg - Sesi Soal Jawab Wacana

7.00 ptg - Persiapan Majlis Berbuka Puasa

7.20 mlm  - Majlis Berbuka Puasa & Solat Maghrib

7.45 mlm  - Makan Malam Alumni

8.45 mlm  - Solat Isyak, Solat Terawih & Tazkirah

[/tab1] [tab2]

Hari ini masyarakat Malaysia semakin faham dan mengiktiraf peranan institusi waqaf dalam pembangunan ekonomi negara. Terutama setelah Perdana Menteri mengumumkan cadangan kerajaan merangka Pelan Induk Waqaf Korporat dalam ucapan Bajet 2013.

Waqaf Korporat berpotensi melonjakkan transformasi ekonomi negara dengan memperkenal satu dimensi penting, iaitu menginstitusikan waqaf, sekaligus menyuntik roh Islam ke dalam proses pembangunan tanpa menghalang kepesatan pertumbuhan.

Waqaf Korporat adalah institusi ekonomi penjana harta kekayaan, justeru bukan untuk tujuan kebajikan semata-mata. Tidak namanya korporat jika institusi ini tidak berpanjangan menjana peluang ekonomi serta peluang kerja baru, dan tidak dapat menyumbang kepada pertambahan pendapatan dan kualiti hidup. Selain menjana semua ini, peranan terpenting institusi Waqaf Korporat ialah memperbaiki kerosakan yang berlaku dalam masyarakat akibat kerakusan, ketidakadilan dan kezaliman sistem kapitalis liar dan buas yang semakin tidak disenangi ramai hari ini, termasuk di Barat.

[/tab2] [tab3]

  1. Memahami kekuatan waqaf sebagai sebuah institusi Islam yang boleh membina ketamadunan yang unggul.
  2. Memperkenalkan kaedah waqaf korporat sebagai institusi ijtimaii yang bergerak mengutamakan kepentingan jemaah mengatasi kepentingan individu.
  3. Merealisasikan kaedah waqaf korporat dalam agenda ekonomi Alumni UniSZA yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan pendidikan UniSZA

[/tab3]

[tab4]

[raw]
[one_third]tan sri ali[/one_third]
[two_third last]

Tan Sri Muhammad Ali bin Hashim berumur 64 tahun, merupakan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Tan Sri Muhammad Ali juga merupakan Pengasas dan Pengerusi Waqaf An Nur Corporation Bhd (WANCorp), iaitu institusi Waqaf Korporat pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada akhir 2011 nilai aset WANCorp berjumlah RM502 juta.

Beliau pernah menjadi Presiden dan KetuaEksekutif Johor Corporation (JCorp) selama lebih 28 tahun (Januari 1982 - Julai 2010). Di bawah pimpinan beliau, Kumpulan  JCorp berjaya dibina hingga menjadi organisasi korporat utama Malaysia, melibatkan lebih 280 syarikat (8 tersenarai di Bursa Malaysia, 1 di London Stock Exchange) dan lebih 65,000 warga kerja.

Nilai modal pasaran saham (market capitalization) saham-saham tersenarai milik JCorp pada akhir 2011 melebihi RM18.1 bilion. Jualan tahunannya melebihi RM8 bilion, dengan keuntungan bersih kumpulan pada 2010 berjumlah RM962 juta.

[/two_third]
[clear]
[/raw]

Antara syarikat utama JCorp termasuk KFC Holdings Malaysia Bhd dan QSR Brands Bhd (pemilik rangkaian lebih 900 restoran KFC, Pizza Hut dan Ayamas di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan Mumbai, India). Anak syarikat JCorp, KPJ Healthcare Bhd, adalah pemimpin pasaran dalam bisnes Perubatan Pakar dengan 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di Indonesia. Satu lagi syarikat utama JCorp ialah Kulim Malaysia Bhd dalam bisnes minyak sawit yang memiliki syarikat perladangan kelapa sawit terbesar di Papua New Guinea yang juga tersenarai di pasaran saham London.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim telah menulis tiga buku:-

  1. 1995 - “Membujur Lalu - Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan”
  2. 2003 - “Bisnes Satu Cabang Jihad - Pembudayaan Bisnes untuk Survival”
  3. 2011 - “Khalifah Ganti Superman”

Buku “Khalifah Ganti Superman” telah diberi penghormatan menerima Anugerah Buku Negara 2012 oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada tahun 1985. Tan Sri juga telah dianugerahkan Ijazah-ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang keusahawanan, bisnes dan pengurusan daripada 8 universiti di Malaysia termasuk UniSZA.

Tan Sri Muhammad Ali juga terkenal dengan kegigihannya mengintegrasikan nilai dan prinsip Islam ke dalam bisnes dan telah memperkenalkan beberapa konsep yang membawa impak besar.  Antara lain, konsep “Jihad Bisnes”, “Intrapreneur” atau “Entrepreneur Amanah” dan institusi “Waqaf Korporat” mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

Atas sumbangan beliau kepada pembangunan keusahawanan dan kedudukan ekonomi ummah, beliau telah diberi Anugerah Penghargaan Maal Hijrah yang disampaikan oleh SPB Yang Dipertuan Agong Malaysia pada tahun 1428H / 2007M.

[/tab4]

[tab5]

logo unisza

Alumni UniSZA

510, Diamond Complex, Bangi Business Park, Jalan Persiaran Bandar
43650, Bandar Baru Bangi Selangor

Tel : 03 – 8210 0743  Fax : 03 – 8210 0799  Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disokong oleh :

dpim logokelab tasik putrajaya

[/tab5]

[/tabs]