Print

Objektif, Visi dan Misi

Written by Super User on .

Objektif

  1. Meningkatkan hubungan dalam kalangan ahli alumni, mahasiswa dan pihak pengurusan UniSZA melalui kegiatan yang boleh memperkasakan pendidikan, sosial dan budaya.
  2. Menggiatkan usaha pembangunan intelektual dan pencerdasan minda melalui program wacana, seminar, penulisan dan penyelidikan.
  3. Memanfaatkan kekuatan alumni bagi menyediakan ruang kebolehpasaran graduan untuk pasaran kerjaya.
  4. Membangunkan agenda ekonomi alumni melalui penubuhan koperasi dan syarikat berteraskan Waqaf Korporat.
  5. Membangunkan tabung Waqaf Alumni untuk manfaat kegiatan berasaskan keilmuan dan pemerkasaan ekonomi.
  6. Sebagai platform untuk menyediakan kebajikan dan kepentingan ahli-ahli alumni.
 Visi
Menjayakan Visi UniSZA yang berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.
 
 Misi
Memenuhi tuntutan Maqasid Syariah ( matlamat) memelihara akal, agama, harta, nyawa dan keturunan dalam setiap kegiatan alumni.