Print

Alumni Info

Written by Super User on .

Persatuan Alumni UniSZA telah ditubuhkan secara rasminya melalui Mesyuarat Penubuhan yang telah diadakan pada 21 Jun 2013 di Kelab Tasik Putrajaya. Usaha penubuhan alumni ini bermula sejak tahun 2011 melalui sekumpulan Alumni UniSZA yang kebanyakannya terdiri daripada ‘batch’ di antara tahun 1984 hingga 1991.

Penubuhan alumni ini mengambil masa yang agak panjang kerana perubahan besar berlaku ke atas perubahan nama dan status UniSZA yang mana sebelum ini ditubuhkan atas nama Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Universiti Darul Iman (UDM). Alhamdulillah, berkat komitmen Naib Canselor UniSZA, YBhg Prof Dr. Yahaya Ibrahim serta pengurusan tertinggi UniSZA yang telah mengiktiraf graduan KUSZA dan UDM sebagai Alumni UniSZA, maka usaha penubuhan Persatuan Alumni UniSZA telah dapat disegerakan.

Walaupun di peringkat awal penubuhan ini, kebanyakan ahli-ahli alumni terdiri daripada alumni KUSZA yang telah bergraduat sejak 1985, namun kita mengharapkan akan lebih ramai graduan yang bergraduat sewaktu UDM dan UniSZA dapat bergerak aktif bersama-sama di dalam persatuan alumni ini.