Print

Perutusan Naib Canselor

Written by Super User on .

 

Syukur Alhamdulillah, pihak UniSZA berbangga atas satu lagi kejayaan UniSZA menubuhkan Persatuan Alumni UniSZA hasil penggembelengan tenaga di antara Pusat Hubungan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan serta ahli-ahli Alumni UniSZA yang telah bergraduat sejak 1985.

Penubuhan Alumni UniSZA ini sangat bermakna sewaktu UniSZA dalam usaha menjadikan UniSZA sebagai sebuah institusi bertaraf antarabangsa bertepatan dengan Visi UniSZA ke arah melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

UniSZA sangat berbangga di atas pencapaian dan kejayaan cemerlang Alumni UniSZA dalam pelbagai bidang dalam sektor kerajaan, korporat dan kemasyarakatan. Saya berharap agar Persatuan Alumni dapat berperanan besar dan berganding bahu dengan pihak universiti untuk melangkah lebih jauh bagi menempa kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan.

Salam Hormat,

Naib Canselor UniSZA
Profesor Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif